Wednesday, June 14, 2017

Kenyataan 11 Jun 2017: Adakah Pulau Pinang bakal menjadi negeri yang gagal?

Kenyataan Media Untuk Siaran Segera

Adakah Pulau Pinang bakal menjadi negeri yang gagal?

1. Selepas mengesahkan Perbelanjaan Operasi Tahunan Pulau Pinang secara konsisten meningkat setiap tahun mencecah 500 peratus dari apa yang dibelanjakan pada 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng masih gagal menjawab dengan jelas persoalan yang kami kemukakan minggu lalu sebaliknya memilih untuk melencong dan membuat kenyataan retorik.

2.  Bagi mengelakkan keraguan, kami ulangi persoalan kami dengan secara lebih jelas melalui jawapan Ya atau Tidak.

3. Adakah benar Kerajaan Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah dan asset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008?
Kami bersedia mengemukakan senarai urusniaga berkenaan untuk YAB Guan Eng mengesahkan jika beliau bersedia untuk mengesahkan atau mempertikaikan senarai itu.

4. Adakah benar tidak banyak lagi tanah milik kerajaan negeri untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow tahun lalu?

5. Adakah benar kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah meningkat pada harganya dari RM27 bilion kepada RM46 bilion sejak setahun lalu sebagaimana dinyatakan oleh YB Chow Kon Yeow?

6. Adakah benar Kerajaan Pulau Pinang akan membuat pinjaman dari bank bagi mengisi jurang perbezaan antara RM27 bilion dan RM46 bilion sebagaimana dinyatakan YB Chow melalui temuramahnya dengan The Edge, pada Julai tahun lalu?
YB Chow dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman bank bagi mengimbangi baki kos pembinaan PMTP.

7. Benarkah Kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini memindahkan dana dari rizab kerajaan negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di mana PDC telah mencatatkan keuntungan yang menjunam sebanyak 80 peratus pada tahun sebelum ini dan tambahan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)?

8.  Demi ketelusan dan akauntabiliti, soalan di atas adalah relevan kepada masa depan Pulau Pinang dan rakyatnya.

9 . Jika semua jawapan ya diberikan kepada soalan di atas maka ia menjurus kepada masa depan yang gelap buat Pulau Pinang dan penduduknya.

10. Ini turut membawa kepada masa depan di mana Kerajaan Pulau Pinang sudah menetapkan perbelanjaan operasi meningkat kepada 500 peratus, jumlah tanah yang tidak banyak bagi menampung perbelanjaan dan kini bersiap sedia untuk membuat pinjaman berbilion bagi membiayai projek mega yang turut mengalami peningkatan hingga RM46 bilion, di mana ia adalah satu projek dengan keuntungan yang tidak pasti memandangkan kebanyakan projek pengangkutan awam akan mengalami kerugian.

11. Antara lain, dalam meningkatkan perolehan, kerajaan Pulau Pinang telah menaikan cukai harta dan cukai pintu bagi tempoh tiga tahun, meningkatkan kadar letak kereta, menaikkan kadar air sebanyak empat kali, menggandakan kadar pengekstrakan air mentah, menaikkan penalti terhadap pemaju perumahan sebagai menggantikan kegagalan menyediakan rumah mampu milik dan meningkatkan pelbagai jenis denda bagi pihak berkuasa tempatan.

12. Pendek kata, ini jelas bakal membawa Pulau Pinang ke era kegagalan dan muflis di mana penduduknya bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan bagi denda, cukai serta kadar air bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Putrajaya

11 Jun 2017
-------------------------------------------
ENGLISH

Media Statement for Immediate release

Is Penang on a course to become a failed state?

1. After confirming that the annual Penang Operating Expenses have steadily increased every year to 500% of what it was in the year 2008, Penang Chief Minister YAB Lim Guan Eng has failed to satisfactorily answer any of our questions from our statement last week but instead resorted to diversion and rhetoric.

2. For the avoidance of doubt, we repeat these questions in a straight-forward manner that merely requires a Yes or No answer.

3..Is it true that the Penang Govt has sold or traded away at least RM37 billion worth of state land, land rights and assets since DAP took over in 2008?
We are happy to provide a list of such deals for YAB Lim to verify should he be interested to confirm or dispute.

4. Is it true that there is not much state land left to sell as stated by Penang EXCO YB Chow Kon Yeow last year?

5. Is it true that the cost of the Penang Transport Masterplan Project has increased in price from RM27 billion to RM46 billion over the past year as stated by YB Chow Kon Yeow?

6. Is it true that the Penang State Govt will resort to bank borrowings to make-up the RM19 billion gap between RM27 billion and RM46 billion as was stated by YB Chow in his interview with The Edge last July?

YB Chow was quoted to have said that the state would have to seek bank loans to offset the remaining cost of the construction.

7. Did the Penang Govt recently diverted funds from the state reserves as emergency loans of RM609 million to the state-owned Penang Development Corp, which has seen its profits plunge by 80% in recent years and another RM30 million to the Penang Water Supply Corporation (PBA)?

8.  In the interest of transparency and accountability, these questions are relevant to the very future of Penang and its people.

9. If the answers to the above are all in the affirmative then it points to a bleak future for Penang and its people.

10. This points to a future where the Penang govt already has a 500% higher yearly operating expenses, little land left to sell to cover expenses and is set to borrow billions to fund a mega-project that has jumped to a cost of RM46 billion - a project which has an uncertain future profitability since most public transportation project loses money.

11. Among others, in a bid to shore up its revenues, the Penang State Govt over the past 3 years has increased assessment and quit rent rates, increased monthly parking rates, increased water rates four times, doubled the raw water extraction rates, increased the penalties for housing developers in lieu of affordable housing and increased fines for various municipal offenses.

12. In short, this points to a Penang which is set to become a bankrupt and failed state where the people will be hit with further increases in charges, fines, state taxes and water rates to help the state government cope.

Barisan Nasional Strategic Communications Team,
Putrajaya

11th June 2017

No comments:

Post a Comment