Thursday, June 15, 2017

Kenyataan 16 Jun 2017: Benarkah Kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini bersetuju untuk menaikkan kadar air sehingga 77 peratus terhadap pengguna individu dan 58 peratus bagi perniagaan?

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

Benarkah Kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini bersetuju untuk menaikkan kadar air sehingga 77 peratus terhadap pengguna individu dan 58 peratus bagi perniagaan?
1. Ia sudahpun mencetuskan kebimbangan apabila tahun lalu apabila Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng mengumumkan Bajet 2017 bagi Pulai Pinang di mana Pejabat Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu diperuntukkan RM707 juta, atau hampir separuh dari bajet keseluruhan negeri melibatkan RM1.45 bilion bagi tahun ini.

2. Kebimbangan ini semakin meningkat apabila didapati, daripada jumlah RM707 juta itu, Pejabat Ketua Menteri perlu memperuntukkan RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di mana Ketua Menteri juga adalah Pengerusi agensi itu.
PDC adalah milik sepenuhnya Kerajaan Pulau Pinang di mana ia turut merekodkan kejatuhan keuntungan sehingga 80 peratus pada tahun 2015.

3. Bagaimanapun, ramai yang pelik mengapa Pejabat Ketua Menteri perlu memperuntukkan pinjaman kecemasan sebanyak RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di mana Ketua Menteri juga adalah Pengerusinya, disebalik hakikat kadar air sudah dinaikkan sebanyak empat kali antara 2008 hingga 2016.

Pulau Pinang turut menaikkan kadar air pada 2010, 2013, 2015 dan menaikkan caj air mentah negeri pada 2016.

4. Disebalik pinjaman kecemasan ini dan empat kenaikan kadar air, kami juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang melalui satu mesyuarat Exco yang berlangsung pada 26 Oktober 2016, telah meluluskan satu lagi kenaikan caj air terhadap seluruh Pulau Pinang, hampir sama dengan kenaikan yang sudah dilaksanakan pada 1 April 2015.

5. Kerajaan Pulau Pinang kemudian mengemukakan satu permohonan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan pada 23 Disember 2016 bagi memohon kenaikan kadar air ini di mana akan memperlihatkan bil untuk kegunaan domestik meningkat hingga 77 peratus manakala pemilik perniagaan akan menanggung kenaikan sehingga 58 peratus berkuatkuasa 1 April 2017.

6. Berdasarkan kepada perkiraan Kerajaan Pulau Pinang, selain menindas isirumah, permohonan semakan semula itu akan turut memberi kesan yang besar kepada kos operasi perniagaan.

7. Dianggarkan, bil air bagi sesebuah kilang di Pulau Pinang akan meningkat dari RM88,000 sebulan kepada  antara RM196,000 hingga RM284,000 sebulan atau kenaikan sehingga 45 peratus. Manakala sebuah hotel lima bintang dianggarkan akan menanggung kenaikan sehingga RM22,000 iaitu dari bil bulanan sebanyak RM48,000 kepada RM70,000 sebulan.

Kita bimbang dengan kenaikan berterusan kadar air pada jumlah yang besar itu akan memberi kesan melalui kenaikan kos kepada sektor perkilangan hingga memaksa mereka menutup kilang mereka dan keluar dari Pulau Pinang. Berdasarkan kepada proses pengeluaran semikonduktor ia memerlukan penggunaan air yang tinggi.

8. Perniagaan kecil juga bakal berdepan kos penggunaan air meningkat secara ketara. Perkiraan Kerajaan Pulau Pinang sendiri menunjukkan bil bulanan bagi restoran biasa akan meningkat pada kadar 46 peratus iaitu dari RM6,700 kepada RM9,900 manakala kedai gunting rambut akan memperlihat kenaikan sehingga 58 peratus dari RM730 kepada RM1,200 sebulan.

Kita bimbang kenaikan begitu tinggi bagi bil air bulanan akan menyebabkan pemilik perniagaan terpaksa memindahkan kos berkenaan kepada pelanggan melalui harga yang lebih tinggi.

9. Salah satu justifikasi yang diberikan bagi menaikkan kadar air ini ialah perbelanjaan PBAPP telah meningkat dan tanpa peningkatan ini, ia akan menyebabkan agensi milik kerajaan negeri itu akan kehilangan pendapatan.

Cadangan peningkatan kadar air ini akan memperlihat Kerajaan Pulau Pinang menambah pendapatan mereka sehingga RM150 juta setiap tahun hasil kenaikan caj air yang dikenakan terhadap pengguna individu dan perniagaan.

10. Permohonan itu turut menyatakan kenaikan secara keseluruhan ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 April 2017. Bagaimanapun satu surat susulan dikemukakan pada Februari 2017 bagi menarik balik kadar air ini, berkemungkinan atas sebab politik.

11. Ia kemudian digantikan dengan satu permohonan lain dengan kenaikan lebih sederhana untuk menggandakan caj konservasi air dari 48 sen setiap unit kepada RM1 setiap unit.

12. Penggandaan caj konservasi ini disahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada April lalu namun ia akan mengurangkan pendapatan PBAPP berbanding kenaikan terhadap individu dan perniagaan melalui kenaikan caj secara menyeluruh.

13. Terdapat kebimbangan selepas Pilihanraya Umum ke-14 nanti, Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan semula permohonan kenaikan air secara menyeluruh bagi mengelak PBAPP kerugian, apatah lagi jika mengambil kira perbelanjaan tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang telah meningkat sehingga 500 peratus sejak 2008 dan seorang Exco Pulau Pinang sendiri mengakui, tiada banyak lagi tanah untuk dijual di Pulau Pinang.

14. Kebimbangan ini bertambah buruk apabila YAB Lim melalui satu kenyataan baru-baru ini merungut mengenai cadangan Cukai Pelancongan Kerajaan Persekutuan adalah tinggi namun bertegas akan mengekalkan cukai hotel yang dikenakan Kerajaan Pulau Pinang, bermakna akan mengaut pendapatan dua kali cukai kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Beberapa pemerhati telah menimbulkan kebimbangan, ia satu petunjuk bahawa Kerajaan Pulau Pinang amat terdesak dalam memerlukan wang.

15. Kami menggesa Kerajaan Pulau Pinang untuk mengesahkan atau menafikan sama ada terdapat keputusan dibuat Exco Pulau Pinang bagi kenaikan kadar air secara menyeluruh pada September 2016.

16. Kami juga meminta DAP untuk memberi jaminan kepada pengguna dan pemilik perniagaan, bahawa kadar air di Pulau Pinang tidak akan naik buat kali keenam jika mereka mengundi semula parti itu pada PRU akan datang.

Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya

16 Jun 2017
-----------------
ENGLISH

BNSC Media Statement for Immediate Release

Did the Penang Govt recently agree to increase water rates by up to 77% for consumers and 58% for businesses?

1. Alarm bells were raised last year when Penang Chief Minister (CM) YAB Lim Guan Eng announced the 2017 budget for Penang where the Chief Minister’s Office and State Secretariat office was allocated allocated RM707 million - or almost half the state's RM1.45 billion budget for the year.

2.  The concern had increase when it was discovered that out of this RM707 million, the CM's office had to provide a RM609 million emergency loan to the Penang Development Corp (PDC) whee the CM is also the Chairman.
PDC is a 100% state owned company which had seen its profits plummet 80% in the year 2015.

3. However, many were left scratching their heads why the CM Office also had to provide a RM30 million emergency loan to the Penang Water Supply Corporation (PBAPP) where the CM is also the Chairman - despite the fact that Penang had already raised water rates four times from 2008 to 2016.
Penang had increased water rates in 2010, in 2013, in 2015 and doubled the state's raw water charges in 2016.

4. Despite this emergency loan and four previous increases in water rates, we have been reliably informed that the Penang Govt EXCO in a meeting held on 26 October 2016 had approved yet another round of broad based water rates increases for Penang similar to the last round implemented on 1st April 2015.

5. An official request was then submitted by the Penang Government to the Federal Water authorities on 23rd December 2016 to seek approval for an increase of water rates that will see the bills for domestic consumers increasing by up to 77% while business consumers will see increases of up to 58% effective April 1st 2017.

6. Based on the Penang Government's own calculations -
other than hurting the average household, the proposed revision in charges will see a big impact on businesses' operating costs.

7. It was estimated that the water bill for a particular factory in Penang will increase by RM88,000 a month - or by 45% from RM196,000 to RM284,000 a month. While a named 5 star hotel will also see its monthly water bill increase by RM22,000 per month from RM48,000 to RM70,000 per month,

We are concerned that further increases in water rates of such magnitudes will drive up costs for factories and may force more factories to leave Penang. Due to the nature of its manufacturing process semi-conductor factories see particularly high usage of water.

8. Small businesses are also set to see their water cost increase substantially. The Penang Government's own calculation will see the monthly water bill for an average restaurant increasing by by 46% from RM6,700 to RM9,900 while hair salons are set to see a 58% increase from RM730 to RM1200 per month.

We are concerned that such a high increase in monthly water rates will force small businesses in Penang to pass on the increased cost to consumers via higher prices.

9. One of the main reason given to justify this increase was that PBAPP's spending had greatly increased and that without this broad-based water rates hike, PBAPP is projected to lose money.
This proposed rates increase would have seen the Penang Government increase its revenue by an additional RM150 million per year from higher water charges imposed on Penang households and businesses. 

10. The request had stated that this broad-based rates increase would have been effective on 1st April 2017. However, a subsequent letter issued in February 2017 had requested for this rates request to be withdrawn - possibly for political reasons.

12. It was then replaced with a revised request for a milder increase in water rates which seeks to more than double the water conservation rate charges from 48 sen per unit to RM1 per unit.

13. This doubling of water conservation surcharge was confirmed by the Penang state government in April but it is expected to bring in much less revenue for PBAPP compared to the earlier broad-based increase.

14.  There is a concern that after the 14th General Elections, the Penang State Government will revive the earlier broad-based water rates increase to avoid losses at PBAPP - especially since the overall Penang state government yearly operating expenses have increased by 500% since 2008 and a Penang EXCO had stated that there is not much state land left to sell in Penang.

15. This worry is further compounded by the recent statement from YAB Lim who had complained that the proposed Federal Hotel Tax rate is too high but still insisted to maintain the Penang State Government's own hotel tax on top of the Federal tax - hence benefiting from a double tax revenue flow to the state.

Some observers have pointed out that this move is an indication of the Penang Government's desperation for money.

16. We call on the Penang State Government to confirm or deny that there was such a decision by the Penang EXCO for a broad based increase in water rates in September 2016.

17. We also call on DAP to give assurances to the consumers and businesses in Penang that water rates in Penang will not see a further 6th increase should they be voted back into power in the next General Elections.

Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC) Team,
Putrajaya

16th June 2017
----------
槟州行动党政府将批准家庭用户和商业用户水费各起77%及58%?

1. 槟州首长林冠英在去年提呈槟州2017年财政预算案时,宣布首长办公室和州秘书署获得高达7.07亿令吉的拨款,几乎占了总预算14亿5000万令吉的一半。这件事引起了人们的关注。

2.  更令人担忧的是,在这笔7.07亿令吉的拨款当中,首长办公室竟然将其中的6.09亿令吉,作为紧急贷款借给了槟州发展机构,而首长林冠英本身也是这个机构的主席。
槟州发展机构是槟州政府100%拥有的单位。在2015年,槟州发展机构的利润大幅减少了整整80%。

3. 然而,最令人不解的是,为何槟州首长办公室也向槟州水供机构提供一笔3000万令吉的紧急贷款。林冠英本身也是槟州水供机构的主席,而事实上,从2008年到2016年,槟州已起了4次水费。

槟州曾分别在2010年、2013年和2015年起水费,在2016年则将水源附加费提高1倍。

4. 除了紧急贷款和4次调涨水费,我们也取得可靠消息,槟州行政议会在2016年10月26日的会议中,已批准再次调涨水费,如同2015年4月1日的那一次。

5. 随后,槟州政府于2016年12月23日向国家水务委员会提呈正式要求,以寻求批准将家庭用户水费调涨77%、商业用户水费调涨58%,2017年4月1日起生效。

6. 按照槟州政府本身的计算,水费的调涨除了影响家庭用户,也对商业用户的营运开销带来巨大冲击。

7. 据估计,槟城一家工厂的水费将每月增加8万8000令吉,这是高达45%的增幅,意即从19万6000令吉增加至28万4000令吉。以一家5星级酒店为例,其水费也将每月增加2万2000令吉,意即从4万8000令吉增加至7万令吉。

我们担心在水费大幅调涨的情况下,将导致工厂的运作成本剧增,进而迫使更多厂商离开槟城。其中,半导体制造厂尤其需要巨大的耗水量。

8. 小商家也面对水费不断上涨的困境。槟州政府可以自行计算,一家餐馆的水费每月6700令吉上涨46%至9000令吉,理发店的水费也猛涨58%,从每月730令吉增加至1200令吉。

我们担心高涨的水费将迫使小商家把成本转嫁到消费者身上,向他们收取更高的收费。

9. 由此可见,足以证明槟州水供机构的开销增加,若不调涨水费,预计将面对亏损。
随着槟州政府提出这项调涨水费的建议,槟州政府每年将可向槟州家庭及商家用户多收取1亿5000万令吉的收入。 

10. 这项涨价的要求原本决定在2017年4月1日生效,可是,另一封于2017年2月发出的信涵要求撤销有关的新水费,这可能是出于政治因素。

11. 槟州政府重新提出了另一个建议,以要求更温和的水费调涨,也就是把原本水源保护附加费每单位48仙,调整1倍至每单位1令吉。

12. 今年4月,槟州政府证实了有关双倍调高水源保护附加费调高的建议,但预计槟州水供机构的收入将比早前的广泛增加水费建议带来更少的收入。

13.  令人担心的是,在第14届大选后,槟州政府将恢复先前建议广泛调涨水费的建议,以避免槟州水供机构的亏损。特别是在槟州政府自2008年开始,州政府的年度开支至今增加了500%,同时槟城行政议员也曾说过槟城已经没有多少土地可以出售的情况下,为了减少州政府的负担和债务,这项建议落实的可能性非常大。

14.最近林首长的声明更是加剧了这项担忧,他一方面指责中央政府征收的旅游税太高,但另一方面却坚持继续征收槟州现有的酒店租房费,让州政府通过双重征税中获利。
一些观察家都指出,这项举措凸显了槟州政府多么的急需用钱。

15.我们呼吁槟州政府清楚说明,槟州行政议会是否曾在2016年9月作出大幅度调涨水费的决定。

16.我们也呼吁行动党向槟州的消费者和商家保证,如果他们在下一届继续执政,槟州的水费不会第6度调涨。

国阵策略通讯团队,
布城

2017年6月16日

No comments:

Post a Comment