Friday, June 16, 2017

Kenyataan 16 Jun 2017: SIAPA SEBENARNYA YANG BERBOHONG LIM GUAN ENG?

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

Nota Kepada Editor:
Capaian laman web yang turut disertakan melalui perenggan-perenggan di bawah adalah penting bagi melengkapkan kenyataan ini. Kami amat menghargai pihak tuan dapat memasukkan sekali alamat capaian berkenaan agar ia berada dalam cakupan konteks kenyataan ini.


SIAPA SEBENARNYA YANG BERBOHONG LIM GUAN ENG?

1. Melalui reaksi terkininya semalam, YAB Lim Guan Eng berkata Barisan Nasional hanya pandai berbohong dan menyenaraikan beberapa alasan rapuhnya mengapa Pulau Pinang tidak akan menjadi negeri yang gagal.

2. YAB Lim mendakwa salah satu bukti kononnya Pulau Pinang tidak akan menjadi negeri yang gagal ialah kerana boleh membayar bonus Hari Raya lebih tinggi kepada kakitangan awam di bawah pentadbiran negeri itu berbanding kakitangan Kerajaan Persekutuan.

3. Menurut YAB Lim ketika mengumumkan bonus berkenaan, pemberian itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7.5 juta dari kerajaan negeri.

4. Jumlah RM7.5 juta hanyalah 4.81 peratus dari RM156 juta yang diterima Kerajaan Pulau Pinang hasil jualan pegangan saham 49 peratus dalam syarikat yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak tanpa sebarang tender terbuka 7 bulan lalu atau pada November 2016.

5. Dan ia juga hanyalah 4.81 peratus dari RM156 juta yang diperolehi Kerajaan Pulau Pinang hasil jualan 7.4 ekar tanah kerajaan negeri di Lebuh Raya Peel dua bulan lalu iaitu pada April 2017, juga tanpa sebarang tender terbuka.

6. Kita juga tidak nampak bagaimana ia dianggap satu tadbir urus yang baik dengan membayar bonus Hari Raya melalui penjualan tanah dan aset kerajaan negeri, yang juga dikategorikan sebagai perbelanjaan operasi kerajaan negeri.
Apatah lagi dengan kenaikan perbelanjaan operasi kerajaan negeri melonjak sehingga 500 dari tahun 2008.

7. YAB Lim juga mendakwa salah satu faktor mengapa Pulau Pinang tidak akan terjerumus kepada kegagalan ialah kerana mereka mengamalkan tender terbuka.

8. Bagaimanapun, dua contoh disebutkan di atas iaitu menjual dua bidang tanah dan aset kerajaan negeri tanpa tender terbuka sudah cukup membuktikan dakwaan oleh YAB Lim tentang tender terbuka itu tidak benar sama sekali.

9. YAB Lim juga memberikan satu lagi alasan Pulau Pinang bukan negeri gagal ialah kerana ia adalah ‘negeri yang hampir hijau’ dan mendakwa kerajaan negeri melindungi rizab hutan.

10. Bagaimanapun, YAB Lim hanya perlu menjenguk tingkap pejabatnya di KOMTAR untuk diingatkan tentang ‘bukit botak’ yang menjadi tajuk utama akhbar, yang bukannya satu fatamorgana seperti di padang pasir atau ‘Penipuan BN’.

11. Biar kami ingatkan YAB Lim tentang penafian dibuat Datuk Ambiga Sreenevasan terhadap dakwaan kononnya semua projek sensitif di kawasan bukit diluluskan oleh kerajaan BN sebelum itu dan kerajaan YAB Lim tidak pernah meluluskan pembangunan seumpama itu.

12. Kenyataan media Datuk Ambiga pada 13 Februari 2016 yang turut memetik rekod rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri menunjukkan kerajaan DAP meluluskan pembangunan 55 blok bangunan pencakar langit di kawasan bukit antara 2008 dan 2015, sekaligus membuktikan dakwaan kononnya ia diluluskan kerajaan BN sebelum itu, adalah tidak benar.

Rujuk kepada kenyataan berkenaan di capaian berikut: http://hakam.org.my/wp/index.php/2016/02/13/press-release-on-penang-chief-ministers-statement-regarding-penang-forum/#more-5896

13. YAB Lim turut mengulangi dakwaan kononnya Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai hutang paling rendah tetapi gagal menyebut bahawa pengurangan sebanyak 95 peratus dari hutang kerajaan negeri adalah berikutan Kerajaan Persekutuan mengubah hutang RM655 juta kepada bayaran ansuran selama 45 tahun, bermakna jumlah hutang kerajaan Pulau Pinang masih kekal pada jumlah sama.

Jika YAB Lim terlupa, berikut adalah kenyataan media beliau yang mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terhadap penukaran hutang kepada ansuran:
https://limguaneng.com/index.php/2011/06/01/historic-water-restructuring-agreements-between-penang-state-government-and-the-federal-government-enbmcn/

14. Selepas dua minggu dan tiga kenyataan dari kami, DAP berterusan mengelak dari menjawab mana-mana persoalan yang kami kemukakan malah sentiasa melencong dan memilih untuk menggunakan propaganda tidak benar.

Maka, siapa sebenarnya yang berbohong?

Adalah menyakitkan hati apabila terpaksa mengulangi soalan yang sama buat kali keempat namun tidak dijawab, maka kami tidak akan berbuat demikian.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Putrajaya

16 Jun 2017
---------
Media Statement for Immediate Release
Who is the one lying, Guan Eng?

1. In his latest reply yesterday, YAB Lim Guan Eng says that BN is good at lying and cited several weak reasons why Penang is not becoming a failed state.

2. YAB Lim claimed that one proof that iPenang is not becoming a failed state is that Penang paid a higher Raya bonus to its civil servants compared to the Federal Government.

3. According to YAB Lim when he had announced the bonus, this Raya bonus will cost the state government a total of RM7.5 million.

4. RM7.5 million is just 4.81% of the RM156 million that the Penang Government gets from selling its 49% stake without open tender in a company holding 80 acres of land in Pulau Jerejak 7 months ago in November 2016.

5. And it is also only 4.81% of the RM156 million that the Penang Government gets from selling 7.4 acres of state land in Peel Avenue two months ago in April 2017 - also without open tender.

6. We fail to see how hard it is or how it is considered good governance to sell off state land and assets for revenues to pay Raya bonus, which is an operating expense.
It is little wonder that yearly state operating expenses has increased 500% since 2008.

7. YAB Lim also claimed that a reason why the Penang Government cannot be considered on a path to a failed state is that his government practices open tenders.

8. However, just the two examples above of selling state land and assets without open tender already proves his claim wrong.

9. YAB Lim also claimed another reason why Penang is not a failed state is that Penang is "almost a green state" and said it protects its forest reserves.

10. However, YAB Lim just needs to look out of his KOMTAR office to be reminded of Penang's famous and numerous botak hills, which we believe is not a mirage or "BN lies".

11. Let me remind YAB Lim of Datuk Ambiga Sreenevasan measured but firm rebuttal to your claim that all projects on sensitive hill land was approved by the previous BN Government and that YAB Lim's government had not approved any such development.

12. Datuk Ambiga's press statement on 13th Feb 2016 quoting official state Assembly records - showed that the current DAP state government approved some 55 blocks of high rise development on delicate hill lands between 2008 and 2015 - clearly proving YAB Lim's claim to be wrong.
Here is the fiery statement: http://hakam.org.my/wp/index.php/2016/02/13/press-release-on-penang-chief-ministers-statement-regarding-penang-forum/#more-5896

13. YAB Lim also repeated the claim that Penang had the lowest state debt but again neglect to mention that this 95% state debt reduction was due to the Federal Government converting a RM655 million debt to a 45 years annual lease payment, which works out to Penang Govt having to pay the same total amount.

Should YAB Lim forget, here is his own statement thanking the Federal Government for this debt conversion to lease.
https://limguaneng.com/index.php/2011/06/01/historic-water-restructuring-agreements-between-penang-state-government-and-the-federal-government-enbmcn/

14. Despite two weeks and three statements from us,, DAP continues to avoid answering any of our questions - preferring to divert and resort to misleading propaganda.

So, who is the one lying now?

It is a pain to repeat these questions for a fourth time, so we shall not.

Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC) Team,
Putrajaya
16th June 2017

Note to Editors: The included links are an important part of our statement. We would appreciate if the links are included in your final article. Thanking you in advance.

---------

国阵策略通讯团队文告

是谁在说谎,林冠英吗?

1. YAB 林冠英在昨天回应中说,国阵很擅长说谎,还列出几项站不住脚的理由来解释为什么槟州不会成为一个失败的州属。

2.YAB 林冠英说,一个能证明槟州并不是失败州属的证据就是槟州政府比中央政府发放更多的开斋节花红给公务员。

3. YAB 林冠英宣布发放开斋节花红时说,这笔花红的总额达 750万令吉。

4. 750万令吉这个数目仅仅是州政府在 2016年11月,也就是7个月前,在没有公开招标的情况下脱售拥有80亩木蔻山土地的机构 49%股份的收入,即 1.56亿令吉的 4.81%而已。

5. 另外,这也是槟城政府在 2017年4月,大约2个月前,出售太子道(Peel Avenue)7.4 英亩州政府土地的收入,即 1.56亿令吉的 4.81%而已,这个交易也是在没有公开招标下完成。

6. 通过出售州政府的土地和资产来获得收入以支付开斋节花红根本谈不上如何困难,又如何算得上是一个良好施政方式,这也是一项行政开销。
所以不难理解为何自 2008年以来,州政府的年度行政开销突然暴涨了500%。

7.YAB 林冠英还声称,槟城政府不能被视为迈向失败的州属,因为他的政府奉行公开招标政策。

8.然而,单单是以上两项没有公开招标出售州政府土地和资产的列子,就已经能证明他违背了本身的说法。

9. YAB 林冠英还宣称槟州不是失败的州属的另一个原因就是槟城“几乎是一个绿洲”,并表示他保护该州的森林保留地。

10.然而,YAB 林冠英只需从他光大的办公室望出去,就能提醒他槟城有很多座著名的秃头山,我们相信这并不是海市蜃楼,或 “国阵的谎言”。

11.请允许我提醒 YAB 林冠英,拿督安美嘉坚决反驳您的说法,就是所有敏感的山坡发展项目都是前朝国阵政府批准的,而 YAB林冠英政府并没有批准任何类似的发展计划。

12. 拿督安美嘉在 2016年 2月13日的文告中引述了槟州议会的官方记录,该记录显示现任行动党州政府在 2008年至 2015年期间批准一些在山坡上55层楼高的发展,这显然证明了YAB 林冠英的说法是错的。
这就是她的火爆文告:http://hakam.org.my/wp/index.php/2016/02/13/press-release-on-penang-chief-ministers-statement-regarding-penang-forum/#more -5896

13. YAB 林冠英一直不断重复的说,槟州的债务是全国最低,但是他又忘了提及槟州之所以能够减少 95%的债务都是因为联邦政府将 6.55亿令吉的债务转换为45年的租赁,让槟州分期付款. 而槟城政府最终也必须缴付的总额为 6.55亿令吉,一文也不少。

YAB 林冠英是否忘记了,这是他自己本身的文告,他感谢联邦政府将这笔债务转为租赁。
https://limguaneng.com/index.php/2011/06/01/historic-water-restructuring-agreements-between-penang-state-government-and-the-federal-government-enbmcn/

14.尽管我们在两周内发表了三次的文告,但是行动党仍然回避我们所提出的所有问题 - 他们宁可转移视线,玩弄误导性宣传手法。

那么现在是谁在说谎呢?

要重复提问 4次同样的问题是一件很痛苦的事,所以我们不会再这么做。
国阵策略通讯团队
布城
2017年6月16日

敬请编辑注意:这份文告所附属的链接是很重要的部分。如果您能将链接纳入文章里,我们会感激不敬。在这里先向您道谢。

No comments:

Post a Comment