Monday, July 17, 2017

Adakah Kerajaan Pulau Pinang membenarkan syarikat tujuan khas (SPV) untuk membuat pra jualan tanah kerajaan negeri bernilai sekurang-kurangnya RM3 bilion, 2 ½ tahun lalu?

(Scroll down for English and Chinese versions)

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

*Adakah Kerajaan Pulau Pinang membenarkan syarikat tujuan khas (SPV) untuk membuat pra jualan tanah kerajaan negeri bernilai sekurang-kurangnya RM3 bilion, 2 ½ tahun lalu?*

1. Selain membayar RM209 juta bagi fi konsultan untuk laporan yang dianggap melampau oleh Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Jurutera Malaysia, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga membenarkan syarikat SPV bagi projek terowong Pulau Pinang untuk membuat pra jualan tanah negeri bernilai hampir RM3 bilion kepada sebuah syarikat senarai awam dan menerima sejumlah bayaran untuknya. Sebanyak RM209 juta sudah dibayar kepada SPV ini bagi fi konsultan untuk 3 lebuhraya sebelum ini dan disahkan kerajaan Pulau Pinang.

2. Pada Disember 2015, syarikat SPV ini menjual sebidang tanah 4.43 ekar berstatus pegangan bebas yang dimiliki kerajaan negeri di Bandar Tanjong Pinang pada harga RM162 juta kepada sebuah syarikat senarai awam.

3. Pada 15 Januari 2016, syarikat SPV ini membuat pra jualan sebidang tanah lagi seluas 50 ekar milik Kerajaan Pulau Pinang di Bandar Tanjong Pinang pada harga RM2.831 juta kepada syarikat senarai awam yang sama. Majlis tandatangan penjualan tanah itu disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri dan tirai latar majlis itu turut memaparkan jata negeri dengan jelas, yang secara ketara menyarankan penjualan ini adalah disahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Syarikat senarai awam ini kemudiannya melantik sebuah bank pelaburan untuk mencambah nilai tanah itu melalui dana hartanah.

January 2016 signing ceremony attended by YAB Lim Guan Eng where the tunnel company sold RM2.83 billion worth of state land. Penang crest clearly visible in backdrop- photo credit to Borneo Post.

4. Ini disebalik hakikat laporan Penilaian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) masih lagi belum diluluskan dan tarikh bermulanya pembinaan bagi 3 lebuhraya telah tertangguh sehingga pertengahan 2018, iaitu 5 tahun sejak syarikat SPV itu dianugerahkan projek itu pada Mac 2013.

5. Kerajaan Pulau Pinang kini perlu menjawab mengapa mereka membenarkan penjualan tanah RM3 bilion milik kerajaan negeri ini 2 ½ tahun lalu dan turut menerima byaran, disebalik hakikat tiada projek menerima kelulusan akhir, kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci masih lagi belum siap manakala jalan yang sepatutnya sudah dimulakan akan hanya bermula pada pertengahan tahun depan.

6. Adakah kehadiran Ketua Menteri dan penggunaan jata negeri di majlis tandatangan itu adalah satu bentuk pengesahan dan sokongan kepada penjualan tanah negeri ini oleh syarikat SPV ini?

7. Adakah ini sesuatu yang lazim pada Kerajaan Pulau Pinang untuk membenarkan tanah kerajaan negeri atau hakmilik tanah bernilai berbilion Ringgit untuk menerima aset itu dan kemudiannya dijual kepada sebuah syarikat persendirian?

8. Adakah satu keutamaan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memastikan tanah kerajaan negeri bertukar tangan kepada syarikat pemaju persendirian secepat mungkin?

9. Adakah ini bermakna sesuatu projek dirancang akan tetap diteruskan biarpun apa pun hasil pelbagai kajian atau berapa lama penangguhan sekalipun pembinaannya?

Datuk Eric See-To
Timbalan Pengarah
Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya.

18 Julai 2017
-------------------------------

Media Statement for immediate release

*Did the Penang Govt endorse tunnel SPV company to pre-sell at least RM3 billion in State land 2 1/2 years ago?*

1. On top of having already paid RM209 million in consultancy fees for reports which is deemed overpriced by the Works Ministry and the Board of Engineers, the DAP Penang Government had also allowed the tunnel concession company to pre-sell almost RM3 billion worth of state land on  to a public listed company and collected some payments.

2. In December 2015, the tunnel SPV company sold a piece of 4.43-acre freehold land belonging to the state government in Bandar Tanjong Pinang for RM162mil to a public listed company.

3. On 15th January 2016, the tunnel SPV company then pre-sold another 50 acres of Penang State land at Bandar Tanjong Pinang for RM2.831 billion to the same public listed company. The January 2016 sales signing ceremony was witnessed by the Penang Chief Minister himself while the backdrop of the signing ceremony had the Penang government crest clearly visible - strongly suggesting that this sale is officially endorsed by the Penang Government.

The public-listed company then appointed an investment bank to monetize the land via a real estate fund.
January 2016 signing ceremony attended by YAB Lim Guan Eng where the tunnel company sold RM2.83 billion worth of state land. Penang crest clearly visible in backdrop- photo credit to Borneo Post.
4
. This is despite that the Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) report has yet to be approved and that the earliest start of construction for the 3 roads has been delayed to at least mid 2018 - more than 5 years since the SPV company was announced the winner in March 2013.

5. The Penang Government must now answer why they have allowed this RM3 billion sales of state land two and a half years ago and collect payments, even though none of the projects have yet to get final approval, the feasibility studies and detailed design for the tunnel is not complete while the roads are only scheduled to start construction in the middle of next year.

6. Was the Chief Minister's presence and the use of the official Penang Govt crest at the signing event a form of endorsement of this sale of state land?

7. Is this a common practice of the Penang Government to allow billions in state land or land rights that a concession holder is not entitled to legally receive yet to be sold off to private companies?

8. Is it the top priority of the DAP Penang Government to ensure that Penang state land gets into the hands of private developers as soon as possible?

9. Does this mean that the projects were always planned to proceed regardless of the outcome of the various studies or how long the delays of the start of construction would be?

Datuk Eric See-To
Deputy Director,
Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC),
Putrajaya.

18th July 2017.
------
国阵策略通讯局副主任司徒忠文告

*林冠英请回答!槟州政府是否年前默许隧道得标公司预售30亿州政府地?*

槟州政府除了给隧道特许经营公司支付了高达2亿900万的巨额咨询费,这个连工程部以及工程师委员会都普遍认为过高的费用,槟州政府还允许隧道特许经营公司预售近30亿令吉的州政府地,卖给一家上市公司并收取了部分的款项。

2015年12月,隧道特许经营公司以1亿6200万令吉的价格,向一家上市公司出售了一块原属州政府地,面积约4.43英亩,位于丹绒槟榔城(Bandar Tanjong Pinang)地皮的永久业权。
在前后不到两个月的时间里,该公司再度于2016年1月15日,与同一家上市公司签署协议备忘录,预售位于相同地区,总面积达50英亩的州政府地段,交易额高达28亿3140万令吉。槟州首席部长林冠英当时也出席并见证了相关交易的签约仪式。

鉴于槟城州徽在签约仪式背景上清晰可见,且获首长亲临见证,由此推断上述出售地段的行为获得州政府的认可。

随后,有关上市公司便委托了投资银行,通过房地产基金的方式来对相关土地进行融资。

槟州首席部长林冠英于2016年一月出席见证隧道特许经营公司出售价值28亿3140万州政府土地的签约仪式,槟城州徽在北京下清晰可见,照片来自婆罗洲邮报(Borneo Post).

虽然,该公司早在2013年3月便取得槟州未来隧道的特许经营权,但是环评报告(DEIA)至今仍未获批,另外3条道路的动工期也被延后,最快在2018年中期才展开。须知道,这距离公司得标已过了5年。

截至目前,关于隧道的可行性研究和设计细节依然不完整,计划兴建的道路还要等到明年年中才开始施工。槟州政府现在必须回应,为什么他们会允许相关公司,在没有任何一个项目取得最终批文的情况下,在2年半前便预售了将近30亿的州政府地,并且还向买家收钱。
首长林冠英是否出席了上述签署仪式,并且在活动上使用槟城州徽的举动,是否意味着州政府为这桩买卖背书?

允许特许权持有人把自己尚未有资格合法接收,而且价值还高达数十亿令吉的州政府地和土地权卖给私营公司的做法,是否是槟州政府常见的做法?

莫非州政府的当务之急,便是要确保将槟州的地,尽速交到私人发展商的手上?

这是否意味着,不管各项研究结果如何,甚至不管项目推迟多久才动工,这些计划项目都必须被推进?

国阵策略通讯局副主任
司徒忠
2017年7月18日

No comments:

Post a Comment