Friday, July 14, 2017

Did the Penang Govt break established procurement guidelines when awarding the tunnel mega-project to a company which auditors raised significant concerns and paid-up capital was 1,900 times below minimum JKR requirement?

Media Statement for immediate release

Did the Penang Govt break established procurement guidelines when awarding the tunnel mega-project to a company which auditors raised significant concerns and paid-up capital was 1,900 times below minimum JKR requirement?

1. Public concerns were recently raised that the start of construction for the 3 roads project in Penang is at least 3 1/2 years behind schedule - despite the Penang Govt having already paid an excessive RM220mil in consulting fees to the Penang Tunnel Special Purpose Vehicle (SPV) company for reports.

2. Much of these concerns center on the financial capability of the SPV company to deliver the project.

3. The SPV was announced as the winner of the project via a Request for Proposal by the Penang Chief Minister Lim Guan Eng on 1st March 2013.

4. At that time of award, the Penang Govt had issued a statement on 4th March 2013, denying that the SPV was under-capitalized to deliver such a mega-project and claimed that the SPV had a collective  paid-up capital of RM4.6 billion.

5. However, checks showed that the SPV company was only incorporated on 5th July 2012 - 9 months before being awarded. At the time of award in March 2013 and contract signing, the SPV company only had a paid-up capital of RM100,000.

6. More worrying is that as at its financial year end of Aug 2013, the SPV company only had cash balances of RM64,672 and had a negative net-worth of RM7.96mil.  The SPV's audited statement also showed that their auditors had raised an emphasis of matter that there is a material uncertainty which may cast significant doubt that the company can continue to operate as a going concern.

Tunnel SPV company as at Aug 2013 had negative reserves and emphasis of matter
           .
Balance sheet of SPV company as at 31st Aug 2013 - 5 months after they were announced as winner of the mega-project

7. One year later as at end of Aug 2014 - or more than a year after being awarded, the SPV had cash balances of only RM672,130 and still showed a negative net worth.

For the financial year 2014, their auditors continue to express significant doubt that the company can continue to operate as a going concern.
     
Add caption
8.  Of more concern is that the parent company (PARENTCO) itself which owns 99% of the Tunnel Company was also found to be incorporated in 22nd August 2011 - less than 19 months before its subsidiary was announced to be awarded to the SPV.

9. As at Aug 2012, the PARENTCO had paid up capital of only RM300,000, a cash balance of RM199,532 and had negative reserves. Their auditors also raised a similar Emphasis of Matter showing concerns on its financial viability on August 2012 - just 7 months before the SPV company was awarded the project in March 2013.



10. The PARENTCO continued to register losses for the next two financial years 2013 and 2014 and had cash balances of RM251,000 and RM676,000 respectively and as at 31st August 2013, the SPV had net share holders equity of negative RM7.9mil while the PARENTCO had positive RM1.9mil.

 
Balance sheet of Parent company which owns 99% of the shares of SPV vehicle - 6 months BEFORE the SPV was awarded the mega project

Balance sheet of Parent company which owns 99% of the shares of SPV vehicle - 6 months AFTER the SPV was awarded the mega project

11. Added together, the share-holders equity of both the SPV and the PARENTCO had a equity of negative RM6mil as at 31st August 2013 - 5 months after the project was awarded by the Penang Govt.

12. When doing a financial evaluation for a Request for Proposal (RFP),  the Jabatan Kerja Raya (JKR) requirement is that the bidder must show financial strength of at least 3% of the contract value or the bidder would fail JKR's standard evaluation be disqualified.

13. In the case of the Penang Tunnel and 3 main roads project which cost RM6.34 billion, this 3% would be RM190.2mil.

This means that the paid-up capital of the SPV of RM100,000 at the time of award was close to 190 times below the JKR's minimum 3% requirement.

14. Even as at June 2017 - more than four years after the award of the project, the paid-up capital for the SPV company is only RM17.5mil while the PARENTCO is at RM15mil - both of which are still below the RM190.2mil requirement and way below the RM4.6 billion paid up capital as claimed by the Penang State Government on 4th March 2013.

15. Thus, serious concerns are now raised if the awarded company had the financial capability or had met the financial strength test to undertake the mega-project at the point of project award in March 2013.

16. The BNSC team calls on the Penang Government to release the minutes of the RFP evaluation meetings and the related selection papers which led to the decision to award the project to the SPV in March 2013.

17.  The Penang Government needs to prove that it did not break procurement guidelines when awarding the mega-project to the relatively new SPV and parent companies which auditors had expressed significant doubts on, had low cash balances and low paid-up capital in relation to the project size.

Datuk Eric See-To,
Deputy Director,
Barisan Nasional Strategic Communications

15 July 2017
-----------

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

Adakah Kerajaan Pulau Pinang melanggar garis panduan perolehan ketika menganugerahkan projek mega terowong kepada sebuah syarikat di mana pihak audit mengutarakan kebimbangan, syarikat itu mempunyai modal berbayar 1,900 kali di bawah paras minimum sebagaimana keperluan JKR?

1. Kebimbangan masyarakat diutarakan baru-baru ini di mana pembinaan tiga lebuhraya di Pulau Pinang tertangguh selama 3 ½ tahun dari dijadualkan, malah Kerajaan Pulau Pinang sudahpun membayar satu jumlah yang banyak iaitu RM220 juta sebagai fi perundingan kepada syarikat tujuan khas (SPV) bagi Terowong Pulau Pinang hanya untuk menyediakan laporan.

2. Kebimbangan ini tertumpu kepada kemampuan kewangan syarikat SPV berkenaan untuk menyempurnakan projek ini.

3. Perlantikan syarikat SPV ini diumumkan sebagai pemenang projek ini melalui proses Permohonan Untuk Cadangan (RFP) oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 1 Mac 2013.

4. Selepas dianugerahkan projek itu, Kerajaan Pulau Pinang turut mengeluarkan kenyataan pada 4 Mac 2013, menafikan syarikat SPV itu tidak mempunyai modal mencukupi untuk menyempurnakan sebuah projek mega dan mendakwa syarikat SPV itu memiliki modal berbayar secara kolektif berjumlah RM4.6 bilion.

5. Bagaimanapun, selepas disemak, syarikat SPV itu hanya diperbadankan pada 5 Julai 2012, atau 9 bulan sebelum dianugerahkan projek mega itu. Ketika dianugerahkan projek itu dan menandatanganinya pada Mac 2013, syarikat SPV itu hanya memiliki modal berbayar RM100,000.

6. Apa yang lebih membimbangkan, di akhir tahun kewangan syarikat itu pada Ogos 2013, syarikat SPV ini hanya mempunyai baki tunai sebanyak RM64,672 dan berada dalam keadaan negatif bagi nilai bersihnya sebanyak RM7.96 juta. Laporan kewangan diaudit syarikat SPV itu turut menunjukkan pihak audit mereka memberi penekanan dan kebimbangan mereka terhadap ketidakpastian yang mungkin menimbulkan keraguan yang ketara terhadap kemampuan syarikat itu meneruskan operasi.

7. Setahun kemudian iaitu pada penghujung tahun kewangan Ogos 2014, atau selepas setahun dianugerahkan projek mega itu, syarikat SPV ini mengumpul baki tunai hanya RM672,130 dan masih merekodkan nilai bersih negatif.

(Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan “jumlah aset tolak jumlah liabiliti”. Maksudnya, nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut).

Bagi tahun kewangan 2014, pihak audit syarikat itu masih lagi menyatakan kebimbangan terhadap kemampuan syarikat itu untuk meneruskan operasi.

8. Menambahkan kebimbangan ialah syarikat induk kepada SPV ini yang memiliki 99 peratus saham dalam syarikat itu didapati hanya diperbadankan pada 22 Ogos 2011, iaitu kurang 19 bulan sebelum anak syarikatnya itu diumumkan mendapat projek mega ini.

9. Sehingga Ogos 2012, syarikat induk itu memiliki modal berbayar hanya RM300,000; baki tunai RM199,532 dan negatif pada rizab syarikat. Pihak audit mereka turut melahirkan kebimbangan terhadap daya maju kewangan syarikat itu pada Ogos 2012, iaitu 7 bulan sebelum anak syarikat SPV dianugerahkan projek terowong pada Mac 2013.

10. Syarikat induk itu berterusan merekodkan kerugian pada dua tahun kewangan 2013 serta 2014 dan hanya memiliki baki tunai masing-masing berjumlah RM251,000 dan RM676,000. Pada 31 Ogos 2013, pegangan ekuiti bersih saham syarikat SPV itu menunjukkan negatif RM7.9 juta manakala syarikat induk merekodkan positif RM1.9 juta.

11. Dijumlah bersama, ekuiti pemegang saham bagi kedua-dua syarikat SPV dan syarikat induk itu mempunyai ekuiti negatif RM6 juta setakat 31 Ogos 2013, iaitu 5 bulan selepas projek mega itu dianugerahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

12. Apabila melakukan penilaian kewangan bagi RFP, Jabatan Kerja Raya menetapkan pembida perlu menunjukkan kekukuhan kewangan sekurang-kurangnya 3 peratus dari nilai kontrak atau pembida terbabit akan gagal dalam penilaian standard JKR sekaligus tidak layak.

13. Merujuk kepada projek 3 lebuhraya dan Terowong Pulau Pinang yang menelan belanja RM6.34 bilion, jumlah 3 peratus itu adalah RM190.2 juta.

Ini bermakna, modal berbayar syarikat SPV itu sebanyak RM100,000 ketika dianugerahkan projek itu adalah 190 kali ganda di bawah keperluan ditetapkan JKR.

14. Malah sehingga Jun 2017, iaitu empat tahun selepas dianugerahkan projek mega itu, modal berbayar syarikat SPV itu hanya RM17.5 juta manakala modal berbayar syarikat induk adalah RM15 juta sahaja, dan biarpun dijumlahkan bersama, ia masih di bawah RM190.2 juta yang ditetapkan serta tidak menepati apa yang didakwa Kerajaan Pulau Pinang pada 4 Mac 2013 bahawa syarikat berkenaan mempunyai modal berbayar sebanyak RM4.6 bilion.

15. Sehubungan itu, ini adalah satu kebimbangan yang serius apakah syarikat menerima projek ini mempunyai keupayaan kewangan atau mampu melepasi ujian kekukuhan kewangan untuk menyempurnakan projek mega itu ketika dianugerahkan pada Mac 2013.

16. BNSC menggesa Kerajaan Pulau Pinang untuk menyiarkan minit mesyuarat penilaian RFP dan kesemua dokumen berkaitan yang membawa kepada keputusan untuk menganugerahkan projek mega itu kepada syarikat SPV berkenaan pada Mac 2013.

17. Ia adalah bagi membuktikan Kerajaan Pulau Pinang tidak melanggar sebarang garis panduan perolehan ketika menganugerahkan projek mega itu kepada sebuah syarikat SPV dan syarikat induk baharu di mana pihak audit mereka sendiri turut melahirkan keraguan terhadap keupayaan kedua syarikat berkenaan, terutama pada baki tunai yang rendah dan modal berbayar yang rendah berbanding saiz projek yang diterima.

Datuk Eric See-To,
Timbalan Pengarah
Komunikasi Strategik Barisan Nasional

15 Julai 2017

No comments:

Post a Comment