Thursday, March 15, 2018

Rekod Mahathir dan Pakatan Dalam Mengurangkan Jumlah Hutang Kurang Menyakinkan

Rasa lucu melihat kenyataan terkini Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa kononnya manifesto Pakatan akan berjaya mengurangkan hutang Kerajaan Persekutuan.

Manifesto Pakatan untuk PRU14 ini jika diteliti hanyalah berkisar mengenai hasrat mereka yang ingin memansuh atau menghapuskan pelbagai perkara dan dalam masa yang sama menawarkan pelbagai bentuk dedak kepada rakyat termasuklah yang tak masuk akal seperti bayaran RM250 sebulan untuk setiap pekerja yang menerima upah pada kadar yang minimum.

Malah hakikatnya, dalam manifesto tersebut, tiada pun penjelasan tentang bagaimana mereka bercadang untuk mengurangkan defisit ataupun hutang kerajaan.
Rekod prestasi Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang sejak ia jatuh ke bawah kawalan mereka pada tahun 2008 merupakan petunjuk jelas bahawasanya Pakatan akan gagal membiayai perbelanjaan tahunan.

Perbelanjaan operasi tahunan bagi kedua-dua negeri telah meningkat dengan ketara khususnya Kerajaan Pulau Pinang yang melonjak tinggi dengan peningkatan sebanyak 500% sejak 2008!

Dan bagi membiayai jumlah perbelanjaan yang melambung ini, Kerajaan Pulau Pinang terpaksa menjual dan menggadaikan tanah dan aset negeri yang bernilai hampir RM40 bilion, dalam pada kedua-dua kerajaan negeri itu juga telah menaikkan kadar caj yang dikenakan ke atas pemaju dan hartanah yang menyumbang kepada kenaikan kosnya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual banyak tanah sejak mengambil alih pada tahun 2008. Saya anggarkan bahawa kini hanya berbaki kurang daripada 5% tanah di Pulau Pinang yang masih dimiliki oleh kerajaan negeri, berbanding 18% pada tahun 2008.

Rakyat mungkin masih belum merasakannya hari ini tetapi ia pasti akan memberi kesan buruk kepada generasi yang akan datang. Semuanya itu gara-gara mereka (Pakatan) terdesak dan terpaksa mencari sumber untuk membiayai perbelanjaan operasi tahunan yang melonjak naik sebanyak 500%.

Sudah tentu tabiat untuk menjual asset tetap bagi menampung kos operasi bukanlah suatu cara pentadbiran yang baik.

Di Pulau Pinang, kebanyakan caj pemaju telah meningkat sebanyak dua dan tiga kali ganda, dan kos ini pula akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Peningkatan kos ini pula telah membawa kepada pengenaan kadar cukai setinggi RM120 untuk setiap kaki persegi ke atas hartanah di Pulau Pinang, yang kemudiannya akan ditanggung oleh rakyat sama ada dalam bentuk pinjaman harta tanah yang lebih tinggi, ataupun peningkatan kadar sewa yang sekaligus mengakibatkan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Selain itu, ramai yang telah mula sedar bahawa penurunan sebanyak 95% jumlah hutang Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sentiasa dicanangkan DAP malah mereka cuba pula mengambil kredit daripadanya itu sebenarnya bukannya atas inisiatif ataupun usaha DAP dan Pakatan.

Sebaliknya penurunan itu berlaku adalah disebabkan oleh tindakan Kerajaan Persekutuan yang mengubah hutang air kerajaan Pulau Pinang menjadi kaedah pembayaran pajakan tahunan bagi tempoh 45 tahun.

Pada tahun kedua selepas Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar, Selangor juga kembali mengalami defisit pada tahun 2016. Azmin juga telah menandatangani satu perjanjian untuk meminjam sebanyak RM7 bilion daripada Kerajaan Persekutuan bagi melakukan penstrukturan semula kemudahan air Selangor.

Bagi Tun Mahathir pula, rekod pengurangan hutangnya adalah terlalu rapuh. Sejak tahun 1981 sehingga 2003, Tun Mahathir meningkatkan saiz hutang kerajaan sebanyak 706%.

Untuk tempoh 6 tahun terakhir beliau sebagai Perdana Menteri, iaitu dari tahun 1998 hingga 2003, Mahathir telah meningkatkan hutang kerajaan sebanyak 112% apabila beliau secara konsistennya mengamalkan belanjawan yang defisit pada kadar antara 4% hingga 6%, berbanding dengan kadar defisit bajet semasa yang hanya pada kadar serendah antara 2.8% hingga 3% yang kita amalkan kini.

Tambahan lagi, hakikat bahawasanya dalam 6 tahun pertama beliau berkuasa, Dr Mahathir  telah menggandakan Nisbah Hutang berbanding KDNK (Debt to GDP ratio) kita lebih daripada dua kali ganda iaitu daripada hanya 44% pada tahun 1980 kepada setinggi 103.4% pada tahun 1986!

 

Nisbah ini juga kekal berada di atas 60% selama lebih daripada satu dekad di bawah Tun Mahathir.

Akibatnya, Kadar Pembayaran Hutang Negara (nisbah jumlah bayaran hutang kerajaan berbanding KDNK) kita adalah setinggi 31.8% pada tahun 1987 dan kekal melebihi 20% selama bertahun-tahun.
Cuba bandingkan kadar 103.4% dan 60% di atas dengan Nisbah Hutang Kepada KDNK kita sekarang yang sentiasa konsisten pada 50%.

Kemudian bandingkan pula Kadar Pembayaran Hutang Negara yang setinggi 31.8% dan 20% semasa era Tun Mahathir di atas dengan Kadar Pembayaran Hutang Negara di bawah PM Najib yang kini stabil pada kadar 12%.
 

Satu-satunya masa di mana hutang kerajaan melonjak dengan ketara di era Najib adalah ketika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, di mana beliau telah memperkenalkan 3 pakej rangsangan ekonomi yang menyebabkan hutang kita melonjak dari 40% kepada 50.8% dalam tempoh satu tahun.

Semua itu berpunca daripada kejatuhan dalam pelaburan dan jumlah eksport semasa dunia dilanda Kemelesetan Ekonomi yang teruk (yang terburuk sejak 1930) antara tahun 2007 dan 2012.

Pada masa inilah kerajaan Amerika Syarikat sendiri hinggakan terpaksa menjamin/menyelamatkan (bailout) Citibank, General Motors, AIG dan banyak lagi.

Lantaran pakej rangsangan tersebut, yang telah mengepam sejumlah besar wang ke dalam ekonomi kitalah, maka ekonomi Malaysia berjaya dipulihkan dengan cepat, lebih cepat berbanding negara-negara kuasa ekonomi dunia.

Walaupun ramai yang tidak menyedari akan skala dan saiz kemusnahan yang mungkin berpotensi untuk berlaku sekiranya langkah-langkah rangsangan (3 Pakej Ransangan) yang meningkatkan hutang itu tidak diambil.

Ironinya, ramai rakyat Malaysia yang menyalahkan PM Najib kerana meningkatkan hutang kerajaan itu sebenarnya telah menyalahkan beliau atas 'kesalahan' telah menyelamatkan ekonomi Malaysia pada tahun 2009.

Berdasarkan rekod pencapaian Mahathir dan Pakatan serta manifesto "mansuh everything" mereka yang tidak bertanggungjawab itu, bolehlah kita anggap bahawasanya sekiranya mereka berjaya, maka hutang kerajaan hampir pasti akan meroket tinggi.

Eric See-To.

5 comments:

  1. KABAR BAIK

    Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 400 juta rupiah (Rp400.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  2. hang tulis apa yang mengarut ni tun dah perintah malaysia 22 tahun hang ada apa goyang telok

    ReplyDelete
  3. Halo

    Saya ingin memberi tahu Anda tentang perusahaan pinjaman online yang dapat dipercaya dan bagaimana mereka mengasuh saya secara finansial

    Beberapa kali saya telah mengajukan permohonan pinjaman online karena persyaratan pinjaman bank di luar saya sehingga saya online adalah saya bertemu banyak pemberi pinjaman dengan janji manis membantu saya dengan pinjaman tetapi mereka semua gagal dan membuat kondisi saya bahkan terburuk

    Jadi suatu hari saya melihat kesaksian (Efendi Queen Lisa) bersaksi tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari ONE BILLION RISING FUND kepada saya itu normal karena ada begitu banyak kesaksian palsu online tetapi roh saya mengatakan kepada saya untuk mencoba perusahaan sehingga saya dihubungi (Ny. Efendi) dia menceritakan bagaimana dia mendapatkan pinjaman dari perusahaan dan dia memberi saya kepercayaan diri sehingga saya menghubungi perusahaan tersebut dan mereka menyambut saya dan dan saya mengikuti prosedur peminjaman mereka dan kepada saya beberapa hari setelah saya mendapat pinjaman dari Jadi saya menghubungi (Ny. Efendi) dan menyatakan rasa terima kasih saya kepadanya dengan memberinya uang, tetapi dia menolak dan mengatakan kepada saya untuk pergi dan mengurus masalah keuangan saya.

    Jadi di sini untuk memberitahu semua orang untuk menjadi bijaksana karena mereka mengajukan pinjaman online karena ekonomi Indonesia sulit bagi seseorang untuk mengambil sedikit yang saya miliki dengan trik jadi saya katakan kepada Anda menjadi bijaksana
    Jika Anda menginginkan pinjaman asli, silakan hubungi perusahaan

    ## ONE BILLION RISING FUND
    ## onebillionrisingfund@gmail.com


    Hubungi saya @ J Stephanie
    stephanie2steph@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Halo,

    Memohon pinjaman cepat dan mudah untuk membayar bil anda dan memulakan perniagaan baru dan projek anda pada kadar faedah 3% hubungi kami di; easyloanfirm2020@gmail.com

    Salam.
    Encik Derek Douglas
    easyloanfirm2020@gmail.com
    WHATSAPP: +2347051302302




    tawaran pinjaman mudah

    ReplyDelete
  5. Hello

    Adakah anda memerlukan bantuan kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membeli rumah baru atau untuk pelaburan, adakah anda memerlukan bantuan kewangan yang cepat pada kadar faedah yang rendah sebanyak 3%? untuk membayar bil anda yang belum dibayar? Adakah anda telah ditolak oleh banyak bank?

    Adakah anda perlu membiayai untuk mengembangkan perniagaan anda? pembiayaan peribadi atas sebab peribadi? Kami komited untuk menyelesaikan semua masalah kewangan anda.

    hubungi kami sekarang e-mel: accessloanfirm2030@gmail.com

    Menunggu surat anda.
    Regard
    E-mel kepada kami di: accessloanfirm2030@gmail.com

    ReplyDelete